125 mangsa banjir dipindah di Kuala Krai
Iklan
Hujan yang berlarutan sepanjang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Krai dinaiki air.
KUALA KRAI - Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai terus meningkat apabila 125 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang mula dibuka hari ini.
Seramai 83 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang manakala 42 lagi di Kemas Kampung Kuala Pertang.
Iklan
Iklan
PPS SK Chenulang dibuka sejak pagi tadi manakala PPS di Kampung Kuala Pertang dibuka pada sebelah petang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, sehingga jam 6 petang, paras air di sungai utama iaitu di Tangga Krai, Sungai Lebir dan Sungai Galas Dabong masih di bawah paras bacaan.
Iklan
Katanya, kesemua mangsa dipindahkan dengan bantuan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Keadaan arus di Lata Rek, Kuala Krai.
"Sehingga jam 6 petang, tiga jambatan yang dinaiki air iaitu Jambatan Kuala Pertang, Jambatan Sungai Mas dan Jambatan Kampung Belanga ditutup untuk semua kenderaan.
Iklan
"Hujan yang berlarutan sepanjang hari ini menyebabkan Kampung Sungai Mas, Bechah Salak dinaiki air termasuk kawasan masjid Chenulang," katanya.
Suzaimi menasihatkan penduduk supaya melaporkan sebarang kejadian di kawasan mereka sekiranya air mulai naik dan segera berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>