Timbalan Menteri Kerja Raya dibenarkan keluar hari ini

Iklan
Mohd Anuar dibenarkan keluar dari HKL hari ini ditemani isterinya,Datin Azizah Che Mat

TEMERLOH - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas lebih sebulan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh dirawat pada 26 Oktober lalu akibat minor strok dibawa pulang ke rumahnya di Subang petang tadi.