Model, pelakon Godfrey Goa mati mengejut

Iklan
Gao meninggal dunia pada usia 35 tahun.

BEIJING - Model dan aktor kelahiran Taiwan, Godfrey Gao meninggal dunia pada usia 35 tahun hari ini ketika penggambaran sebuah siri realiti TV di Zhejiang di timur China.

Jurucakap agensi, JetStar Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan berita sedih itu menerusi laman Weibo.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian itu, Gao, 35, yang menjadi tetamu undangan dalam rancangan menguji ketahanan fizikal para peserta itu didakwa sedang berlari apabila dia jatuh pengsan secara tiba-tiba pada jam 2 pagi (waktu tempatan).

Pengurusan program Chase Me memaklumkan paramedik di set penggambaran itu turut cuba untuk menyelamatkannya sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Iklan

Gao bagaimanapun disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian kerana jantung terhenti yang digambarkan sebagai kematian mengejut.

Pada 2011, Gao menjadi model lelaki pertama Asia menandatangani kontrak untuk iklan kempen jenama mewah, Louis Vuitton.

Iklan

Aktor kacak itu juga turut tampil di Hollywood menerusi filem aksi adaptasi siri novel popular, The Mortal Instruments: City of Bones.

Namanya juga popular di China selepas dia membintangi drama TV popular berjudul Remembering Lichuan. - Agensi