Geng Qayyum GTI tersungkur akhirnya...

Iklan
Antara barang yang dirampas ketika serbuan dilakukan ke atas suspek kes pecah cermin kereta di sekitar Lembah Klang

PETALING JAYA - Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah cermin kereta dikenali Geng Qayyum GTI di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya empat individu termasuk ketua.

Difahamkan kumpuan tersebut telah melakukan beberapa kes pecah cermin kereta dan barang yang dicuri dijual kepada individu dikenali serta dihubungi melalui dalam talian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zaini Che Din berkata, dalam operasi pertama yang dijalankan kira-kira jam 7 malam pada pada 24 November lalu, sepasukan polis cawangan (D4) Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya bersama Team Lejang Khas dan Task Force Sri Damansara membuat serbuan ke atas sebuah premis di Damansara Damai dengan menahan seorang lelaki melayu dipercayai suspek.

"Pemeriksaan dan siasatan lanjut telah berjaya membawa kepada penangkapan seorang wanita melayu dan beberapabarang kes yang dilaporkan bersabit kes pecah cermin kereta di sekitar Lembah Klang juga berjaya dirampas.

Iklan

"Hasil daripada siasatan awal tangkapan itu, semalam kira-kira jam 1 pagi polis telah membuat serbuan ke atas sebuah kediaman juga di Damansara Damai dan berjaya menahan seorang lelaki Melayu dan seorang wanita warga Indonesia. Dalam tangkapan ini, beberapa barang kes yang dilaporkan bersabit kes pecah cermin kereta di sekitar Lembah Klang berjaya di rampas," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 hingga 37 tahun.

Iklan

"Antara barang yang dirampas dalam operasi tersebut ialah sebuah motosikal Honda EX5, tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit brek cakera kereta jenis Mitsubishi, dua set kunci kereta pelbagai jenis, tiga buah komputer riba, satu set kunci motosikal, alatan pecah cermin dan pasport antarabangsa atas penama warganegara Bangladesh," katanya.

Mohd Zaini berkata, berdasarkan rekod, kesemua suspek pernah ditangkap bersabit kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

"Hasil soal siasat awal suspek mengaku terlibat aktif melakukan pecah cermin kenderaan di Lembah Klang sejal Mei 2019. Suspek juga mengaku terlibat dengan 11 kes di sekitar Lembah Klang," katanya.

Jelasnya, modus operandi suspek ialah dengan memecahkan cermin kenderaan di kawasan perumahan bertingkat di mana kawasan parkir kereta tiada pengawal pada awal pagi.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 28 November ini.