SHAH ALAM - Isu banjir di sekitar Jalan Sungai Rasah dijangka dapat diatasi selepas projek tebatan banjir yang dimulakan sejak 2014 lalu selesai dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor pada September lalu.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, projek tebatan banjir yang bernilai RM60 juta itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran serta jalan di kawasan itu khususnya laluan yang menjadi penghubung kepada syarikat industri.