Kerja empat hari seminggu: Malaysia masih perlu pertimbang
Iklan
Jika waktu bekerja empat hari seminggu dilaksana, organisasi akan struktur semula gaji kerana hilang 40 jam sebulan bagi setiap pekerja. Gambar kecil: Abdul Rahim
SHAH ALAM - Idea melaksanakan tempoh kerja empat hari seminggu di Malaysia seperti di beberapa negara lain ketika ini, masih memerlukan beberapa pertimbangan yang wajar.
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Abdul Rahim Zumrah berkata, setiap negara mempunyai sistem pekerjaan yang berbeza.