AS bertindak cepat
Iklan
Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk yang menggesa kawalan penggunaan senjata api di Washington, AS. - Foto AFP
Wakil rakyat AS setuju bahas RUU keselamatan senjata api demi keselamatan awam
SENATOR Amerika Syarikat (AS) pada Selasa membentangkan rang undang-undang (RUU) menangani keganasan senjata api yang mengancam negara itu selepas insiden tembakan rambang baru-baru ini.
Difahamkan, kumpulan rentas parti yang bertungkus lumus selama berminggu-minggu bagi pindaan RUU itu yakin ia akan mendapat sokongan yang secukupnya daripada kedua-dua parti untuk membolehkan ia dibawa ke meja Presiden AS, Joe Biden seawal minggu depan.