Kerjasama tangani isu ‘scammer’
Iklan
Perkongsian secara berkala BNM, institusi kewangan dan PDRM bagi mengenal pasti kaedah dan trend jenayah kewangan terkini digunakan oleh 'scammer'.
Turut dikeluarkan garis panduan kepada institusi kewangan
SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan beberapa langkah bersama pihak berkuasa antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi kewangan dalam negara bagi menangani isu kes penipuan dan scammer.
Sinar Harian difahamkan, antara langkah diambil ialah pelaksanaan perkongsian secara berkala dengan pihak berkenaan bagi mengenal pasti kaedah dan trend jenayah kewangan terkini digunakan oleh scammer.