Kefahaman agama Islam perlu jelas, elak salah faham
Iklan
Mohd Tajuddin (dua dari kiri) ketika program Forum Khas bertajuk “Islam di Malaysia mahu ke mana?” yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Sesuatu kefahaman agama Islam yang diajarkan oleh golongan ustaz harus jelas dan mudah difahami agar individu yang baru berjinak mendalami agama mudah faham dan tidak salah erti hukumnya.
Pensyarah Pusat Polisi Tan Sri Omar Abdul Rahman, Universiti UCSI, Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi berkata, sebarang ilmu agama yang diterapkan oleh keluarga juga tidak semestinya benar kerana ilmu berkenaan diwarisi tanpa sebarang persoalan.