Jika kalah PRU15, kerjasama PN mungkin berakhir - Agus
Iklan
Kegagalan membentuk blok jajaran yang kuat mungkin memberi kesan kepada PN pada PRU15 nanti.
BANGI - Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kerjasama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) mungkin akan berkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-15 memandangkan tiada parti yang mampu menandingi kekuatan Barisan Nasional (BN) dan UMNO ketika ini.
Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, PN masih wujud sekarang kerana mereka mempunyai sumber kewangan untuk bertanding dalam PRU15 susulan ramai ahli Parlimennya mempunyai jawatan dalam kabinet dan sebahagian daripada kerajaan.