199 permohonan, 12 parti baharu lulus pendaftaran
Iklan
Kehadiran parti-parti baharu di Malaysia selepas PRU14 kini ibarat lambakan cendawan yang tumbuh selepas hujan. (Gambar kecil dari kiri: Dr Mahathir Ibrahim, Syed Saddiq)
Sehingga kini sebanyak 67 buah parti disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di negara ini
SHAH ALAM - Senario lambakan parti baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) apabila agensi kerajaan itu mendedahkan menerima sehingga 199 jumlah permohonan pendaftaran parti baharu.
Bagaimanapun, JPPM dalam satu kenyataan kepada Sinar Premium menegaskan jumlah parti diluluskan daripada keseluruhan permohonan pendaftaran berkenaan hanyalah berjumlah 12 buah parti sahaja.