Rakyat kini lebih terbuka terima parti pelbagai kaum
Iklan
Larry Sng (berdiri tengah) dipilih secara rasmi sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan meluluskan usul agar parti itu memohon untuk menjadi parti komponen baharu Barisan Nasional (BN).
PBM jangka terus terima sambutan menggalakkan daripada pengundi
SHAH ALAM - Fenomena lebih banyak parti-parti baharu ditubuhkan di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah disebabkan rakyat kini lebih cenderung menerima kewujudan parti pelbagai kaum berbanding parti-parti konservatif yang berasaskan perkauman.
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng berkata, faktor itu juga mendorong pihaknya bersama rakan-rakan pemimpin lain untuk menubuhkan parti berkenaan dengan PBM dijangkakan terus menerima sambutan menggalakkan daripada pengundi.