Rekrut pelajar sekolah, perdaya ahli politik, selebriti
Iklan
Sasaran kumpulan kongsi gelap untuk direkrut biasanya pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pelajar sekolah merupakan salah satu sasaran untuk direkrut menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.
"Ia bagi meningkatkan kekuatan atau jumlah keanggotaan sesebuah kumpulan kongsi gelap tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.