Jakim pantau kegiatan bomoh online
Iklan
Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada pihak berkuasa sebelum mendapatkan sebarang rawatan. Gambar kecil dari kiri: Hakimah Mohd Yusoff, Akberdin Abdul Kader
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memantau kegiatan perbomohan secara dalam talian yang bertentangan dengan hukum syarak.
Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim melalui Bahagian Penyelidikan bekerjasama erat dengan pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam negeri-negeri dalam menangani isu seumpama itu.