Memupuk budaya membaca
Iklan
Kempen membaca, tidak kira sama ada membaca buku atau al-Quran jangan hanya dibuat secara bermusim sahaja. Ia harus dilaksanakan secara berterusan. Gambar hiasan.
SAYA harus memulakan kolum ini dengan mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan lama, Mohd Khir Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan pasukan beliau atas penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini yang sangat meriah dan hebat.
Sudah agak lama saya tidak merasai suasana seperti mana yang saya alami ketika melawat PBAKL baru-baru ini. Kali terakhir mungkin lebih 25 tahun lalu ketika saya hadir di Pesta Buku Frankfurt yang memang terkenal sebagai pesta buku terbesar di dunia.