Agamawan bimbang trend bomoh online
Iklan
Kaedah kebanyakan perkongsian mengenai langkah perubatan itu meliputi ilmu perlindungan serta kaedah rawatan daripada sihir, saka, santau dan gangguan jin. Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Wan Akashah
SHAH ALAM - Seorang pendakwah, Wan Akashah Wan Abdul Hamid menzahirkan kebimbangan terhadap trend pengamal perubatan menggunakan nama Islam mempertontonkan proses rawatan secara langsung atau menerusi rakaman video di media sosial yang semakin berleluasa termasuk yang memaparkan adegan memanggil jin.
Beliau berkata, sekiranya trend baharu itu tidak dikawal ia dikhuatiri mencemarkan agama apabila kaedah rawatan itu disalah tafsir oleh masyarakat umum.