Padang yang memalukan
Iklan
Keadaan padang becak selepas hujan lebih dua jam di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum perlawanan kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menetang Bahrain Sabtu lalu.
SOAL kalah menang satu hal. Memang kita kesal pasukan Bahrain tewaskan Malaysia 2-1 dalam pertandingan kelayakan Piala Asia 2023. Kita boleh bahas panjang lebar macam mana Harimau kalah.
Tapi yang paling banyak diperkatakan adalah padang tempat perlawanan itu diadakan – Stadium Nasional Bukit Jalil. Nama pun ‘Stadium Nasional’.