'Tidak adil hukum penjawat awam sebagai perasuah besar'
Iklan
Nurhayati ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian edisi ke-351 bertajuk Noktah Rasuah Penjawat Awam yang yang berlangsung di Studio Sinar Harian Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Jumaat.
SHAH ALAM - Masalah jenayah rasuah membabitkan penjawat awam perlu dinilai secara holistik dan saksama bagi membolehkan negara mencari penyelesaian terhadap gejala yang berlaku dalam kumpulan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia bagi pihak #Rasuah-Busters, Nurhayati Nordin berkata, tindakan menghukum penjawat awam sebagai penyumbang utama rasuah dalam negara adalah suatu tafsiran yang tidak adil.