Risiko masalah pendengaran pada usia muda
Iklan
Penggunaan fon telinga yang terlalu kuat dan pada masa yang lama boleh menyebabkan masalah pendengaran.
SHAH ALAM - Penggunaan fon telinga, terdedah kepada persekitaran kerja yang bising serta bunyi rekreasi menjadi antara punca utama golongan remaja dan dewasa awal mengalami masalah pendengaran.
Ketua Program Audiologi, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Wan Syafira Ishak berkata, pendedahan terhadap bunyi melebihi 80 desibel (dB) secara kerap boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah pendengaran secara berperingkat.