[VIDEO] 'Hendak PRU15 segera, pergilah menghadap Agong sendiri'
Iklan
Mohamed Nazri mencabar mana-mana pucuk kepimpinan UMNO-BN yang menuntut PRU15 diadakan segera supaya 'berani' menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan permohonan itu sendiri. - Foto: Bernama
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mencabar mana-mana pucuk kepimpinan UMNO yang menuntut Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan, supaya 'berani' menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mengemukakan hasrat itu sendiri.
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan tidak sewajarnya menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memenuhi kehendak peribadi masing-masing pada saat kuasa pembubaran Parlimen dan penentuan tarikh PRU15 terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.