Jangan yakin sangat PRU15, mungkin ada MoU 2.0
Iklan
MoU kerajaan, PH mungkin akan dilanjutkan selepas hujung bulan Julai ini di sebalik spekulasi hangat PRU15 bakal diadakan dalam masa terdekat.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengingatkan segelintir pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak terlalu yakin pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan dalam masa terdekat.
Sebaliknya, pemimpin DAP itu tidak menolak kemungkinan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan semasa dan Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan besar mampu dilanjutkan menjadi MoU 2.0 selepas 31 Julai depan.