Pelan keselamatan ala Mat Jenin
Iklan
Isu keselamatan makanan ini bukan baharu atau muncul secara mendadak tanpa dapat diduga kebarangkaliannya akan berlaku. - Foto 123rf
KEKECOHAN berkaitan kesukaran mendapatkan bekalan daging ayam segar menyebabkan berlakunya krisis bekalan ayam yang meruncing dalam negara, seterusnya memaksa kerajaan menghentikan eksport ayam ke negara luar.
Setiap kali perkara ini melanda, pihak berwajib cuba membayangkan krisis ini bersifat sementara dan segera ditangani mereka dengan melaksanakan pelbagai inisiatif.