Perang baharu Israel-Lubnan kerana gas asli?
Iklan
Lubnan menentang usaha Israel mencari gas asli di medan gas Karish, Laut Meditteranean. - Foto AFP (Gambar kecil: Michel Aoun)
ISRAEL terlibat dalam provokasi terbaharu dengan Lubnan berhubung usaha menggerudi gas asli di wilayah maritim yang masih menjadi pertikaian antara kedua-dua pihak itu di Laut Mediterranen.
Isu mencari dan menggerudi bagi mencari gas asli itu sudah lama berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu lagi kerana Beirut menuntut kawasan tambahan seluas 1,430 kilometer persegi lebih jauh ke selatan laut itu.