Ah long makin licik, canggih
Iklan
Sindiket akan mengiklankan tawaran pinjaman menerusi media sosial seperti Facebook dan Google untuk menarik orang ramai. Gambar kecil: Kamarudin
Sekiranya gagal lunaskan hutang, kesemua nombor kenalan peminjam akan diganggu
SHAH ALAM - Membangunkan aplikasi dalam talian merupakan taktik terbaharu sindiket pemberi pinjam wang tidak berlesen atau ah long untuk menarik orang ramai.
Kaedah terbaharu itu dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak setahun lalu.