Perolehan aset TUDM perlu diberi fokus
Iklan
Faktor perolehan aset bagi TUDM antara kekangan terbesar yang perlu diberi fokus bagi memperkasakan kekuatan tentera udara di negara ini. Gambar kecil: Muhammad Fuad
SHAH ALAM - Faktor perolehan aset bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antara kekangan terbesar yang perlu diberi fokus bagi memperkasakan kekuatan tentera udara di negara ini.
Penganalisis pertahanan dan geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, perkara tersebut boleh menyebabkan kemampuan TUDM dari segi pertahanan negara terbantut sekiranya ia berterusan.