Apa cerita Dasar Jaminan Makanan Nasional?
Iklan
Masalah krisis makanan bukanlah perkara baharu, cuma hari ini keadaannya nampak lebih merunsingkan berbanding 14 tahun lalu.
KETIKA mengemas bahan-bahan tulisan saya baru-baru ini, saya terjumpa satu helaian kertas, di dalamnya ada beberapa soalan yang saya sediakan bagi membantu seorang Senator bertanya di Dewan Negara pada 2008.
Soalan itu meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang akan dilaksanakan bagi mengatasi krisis makanan di Malaysia.