GST: Jangan sampai bebankan rakyat
Iklan
GST boleh diperkenalkan semula tetapi dengan kadar yang rendah kepada peniaga dan pembeli agar tidak membebankan. Gambar kecil: Adib Mursyidi, Mohd Zukri, Azlan Awang.
SHAH ALAM - Golongan peniaga berpandangan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) ketika negara masih dalam fasa pemulihan ekonomi akan memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan rakyat.
Pengasas Seni Cetakan Legacy, Adib Mursyidi Mohd Bukhari, 26, berkata, walaupun pelaksanaan cukai itu bertujuan untuk membantu rakyat melalui insentif tertentu seperti bantuan tunai dan menampung subsidi kerajaan, namun kerajaan perlu mengkaji secara terperinci jika mahu mengembalikan GST.