Ambil dadah vape elak 'kantoi' ujian air kencing
Iklan
Wartawan Sinar Harian ketika menemubual salah seorang daripada penghuni Persatuan Pengasih Malaysia pada Selasa.
Pengakuan penagih apabila tindak-tanduk dikesan ibu bapa
KUALA LUMPUR - Seorang pemuda berusia 25 tahun akui mengambil dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk perasa rokok elektronik atau ‘vape’ bagi mengelakkan kegiatannya diketahui ibu bapa.
Dia yang berasal dari Kuala Lumpur mendedahkan sebelum ini pernah 'tertangkap' oleh ibu bapanya kerana hisap syabu, kemudiannya berubah mengambil dadah jenis vape sebagai alternatif.