Wartawan bukan jurucakap kerajaan
Iklan
Wartawan bukan sahaja tukang lapor berita dan sebar maklumat tetapi juga menyuarakan pandangan dan teguran tentang hal-hal yang membabitkan kepentingan rakyat. - Foto 123RF
AWANG ucapkan tahniah pada kaum wartawan negara ini yang menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada hari Ahad baru lalu. Tuk Seri Perdana Menteri sendiri melancarkan majlis itu di Melaka.
Banyak orang tak faham tugas wartawan. Ada juga pemimpin yang anggap mereka jadi corong propaganda kerajaan. Mereka patut buat berita yang baik-baik sahaja tentang kerajaan dan pemimpin.