Krisis makanan: Palestin terkesan?
Iklan
Sekatan laluan perdagangan Ukraine memberi kesan besar kepada negara-negara yang menjadikan gandum sebagai makanan ruji termasuk Palestin, di mana sebanyak 90 peratus permintaan domestik untuk gandum datangnya melalui aktiviti import.(Gambar hiasan) - Foto 123rf / Gambar kecil: Muhd Haikal
KRISIS perang melibatkan dua negara iaitu Ukraine dan Rusia nampaknya masih tidak menemui jalan penyelesaian.
Rusia mula menyekat laluan perdagangan Ukraine menyebabkan negara itu tidak dapat untuk melakukan import dan eksport bahan-bahan utama seperti minyak bunga matahari, gandum, tepung jagung bijirin dan barli.