Perluasan spektrum politik
Iklan
‘Khemah besar’ atau gabungan besar perlu ada perencanaan hala tuju masa depan negara, bukan masa depan pemimpin dan parti politik. - Foto Bernama
KEBELAKANGAN ini kedengaran konsep ‘khemah besar’ dalam blok politik siasah tanah air. Ia muncul selepas ada parti pembangkang menyuarakan hasrat perlunya kerjasama politik dalam kalangan parti pembangkang diperkemaskan dan diperkukuhkan semula.
Jika Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dijadikan sebagai nota kaki, kolaboratif sesama parti pembangkang walau berbeza kepercayaan politik termasuk yang baru ditubuhkan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara sejak PRU pertama tahun 1959 selepas merdeka.