Cabaran hubungan Malaysia-AS
Iklan
Hubungan diplomatik antara Malaysia-AS bermula sejak kemerdekaan dan AS adalah antara rakan perdagangan terbesar Malaysia. - Gambar hiasan 123RF
PEMIMPIN ASEAN termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melawat Washington DC atas undangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden bagi menghadiri Persidangan Khas AS-ASEAN 2022 pada 12-13 Mei lalu.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut mengadakan sesi pertemuan bersama pelabur dan peneraju industri Amerika bagi tujuan menarik pelaburan ke Malaysia pada masa akan datang.