Skandal pembohongan PM Britain
Iklan
Perdana Menteri UK, Boris Johnson (tujuh dari kiri) menghadapi krisis kepercayaan daripada sebahagian ahli Parlimen British. - AFP
DESAKAN supaya Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson meletakkan jawatan kerana melakukan pembohongan secara terang-terangan bergema semula di Britain.
Johnson bukan sahaja didesak oleh ahli-ahli Parti Konservatif pimpinannya tetapi juga Parti Buruh yang menjadi pembangkang di negara berkenaan.