Measat-3d ganti satelit Malaysia sudah 'mati'
Iklan
Satelit negara yang tidak berfungsi dan masih berada
di orbitnya iaitu di angkasa lepas dipantau dari masa ke masa untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran.
KUALA LUMPUR - Satelit ke-10 negara, Measat-3d akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Jun depan, sekali gus membantu menyediakan prasarana teras bagi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penyiaran negara yang lebih canggih.
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah berkata, Measat-3d yang juga satelit komunikasi itu akan dilancarkan menggunakan roket Ariane 5 dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana.