Elit politik perlu henti tuduh Melayu malas
Iklan
Anwar (duduk tengah) ditemu ramah Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa, wartawan Sinar Harian dan Sinar Daily di pejabatnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada Khamis.
[WAWANCARA EKSKLUSIF] Pernah dijulang, dicemuh, dipenjarakan sebanyak dua kali dan kemudiannya kembali diangkat memimpin Pakatan Harapan (PH) pada pasca kejatuhan kerajaan koalisi itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tidak tergambar betapa tabahnya peribadi figura politik pembangkang paling berpengaruh di Malaysia, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dalam mendepani pelbagai liku dan cabaran demi merealisasikan agenda reformasi negara.