Azmin masuk PBM? Sila tanya tuan punya badan: Haniza
Iklan
Selepas Zuraida (kanan) mengesahkan penyertaan ke dalam PBM pada Khamis, kini tumpuan rakyat terarah kepada Mohamed Azmin sama ada beliau akan mengikut jejak langkah politik yang sama dalam masa terdekat.
Tumpuan rakyat kini terarah kepada Mohamed Azmin sama ada beliau akan mengikut jejak langkah politik yang sama atau sebaliknya.
SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) enggan mengesahkan keputusan penyertaan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin ke dalam parti itu bakal diikuti seorang lagi bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpengaruh, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.