Nasib jutawan pencuri data
Iklan
Vietnam melaksanakan pendekatan memerangi pendapat rakyatnya yang bertentangan dengan kerajaan komunis negara itu. - Foto AFP
KETIKA kerjayanya memuncak, seorang penggodam komputer Vietnam, Ngo Minh Hieu memperoleh kekayaan dengan mencuri data peribadi milik ratusan juta rakyat Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkannya dipenjarakan di negara berkenaan.
Bagaimanapun, sekarang Hieu telah direkrut oleh kerajaan autoritariannya sendiri untuk memberi kesedaran tentang bahaya penggodaman komputer yang merupakan jenayah siber yang pernah dilakukannya selepas dia pulang daripada menjalani hukuman penjara di negara 'Uncle Sam' itu.