Adat berniaga di dunia baharu
Iklan
Pelanggan Netflix mencapai jumlah kemuncaknya semasa dunia dilanda pandemik Covid-19. Perintah lockdown atau di sini PKP yang dilaksanakan di mana-mana menyebabkan banyak kaki wayang beralih kepada Netflix.
INI cerita tentang sebuah syarikat gergasi. Bukan gergasi biasa-biasa tetapi jenis bapa gergasi. Bukan juga bapa gergasi yang biasa-biasa tetapi bapa gergasi yang luar biasa besarnya.
Syarikat itu mempunyai lebih 220 juta pelanggan di seluruh dunia. Tengok betul-betul, selepas 220 itu ada perkataan juta, bukannya ribu.