'Hanya DBP boleh luluskan’
Iklan
Sebelum ini DBP tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada mana-mana syarikat sekiranya terdapat kesalahan penggunaan bahasa Melayu di papan tanda. Gambar kecil: Abang Sallehuddin
SHAH ALAM - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mencadangkan supaya penggunaan tulisan pada papan tanda, papan iklan, nama jalan dan nama taman perumahan perlu mendapatkan kelulusan agensi itu secara terus sebelum dibenarkan untuk pemasangan di kawasan yang dimohon.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata, sebelum ini DBP tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan perundangan kepada mana-mana syarikat sekiranya terdapat kesalahan penggunaan bahasa Melayu di papan tanda terlibat.