Bahasa kebangsaan dan kekuatan politik Melayu
Iklan
Antara pemimpin dan pejuang bahasa yang mempertahankan bahasa Melayu di negara ini.
KEDUDUKAN bahasa Melayu terletak kepada kekuatan politik Melayu dan kemahuan politik pemimpin-pemimpin Melayu.
Pertama sekali saya katakan, kedudukan bahasa Melayu berhubung rapat dengan kedudukan politik Melayu: kuat kedudukan politik Melayu, kedudukan bahasa Melayu boleh diperkukuhkan; lemah kedudukan politik Melayu, lemahlah kedudukan bahasa Melayu.