Golongan M40 bandar bimbang
Iklan
Rakyat berpendapatan sederhana di bandar bimbang perbelanjaan bulanan terus meningkat jika mereka tidak layak menggunakan bahan api bersubsidi. Gambar kecil: Noradzlin, Harith, Mohd Aiman
SHAH ALAM - Rata-rata golongan berpendapatan sederhana (M40) yang tinggal dan bekerja di bandar melahirkan kebimbangan terhadap pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang berkemungkinan tidak membabitkan mereka.Ini kerana dasar tersebut dijangka meningkatkan perbelanjaan sedia ada yang diperuntukkan bagi kenderaan dan seterusnya memberi tekanan untuk mereka tinggal di bandar.
Seorang pegawai kredit dari Cheras, Kuala Lumpur, Noradzlin Mohd Norzuki, 50, berkata, dia tidak bersetuju jika subsidi bersasar itu tidak melibatkan kumpulan kelas pertengahan.