Sediakah parti dedah siapa penaja duit politik?
Iklan
Akta Pendanaan Politik dilihat penting untuk mengelakkan duit berjutaan ringgit masuk ke akaun ahli politik tanpa kawalan dan pemantauan sehingga mengundang rasuah.
SEHINGGA kini, pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti masih mencetuskan teka-teki sama ada ia mampu digubal kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau sebaliknya.
Hal ini kerana akta berkenaan, yang merupakan sebahagian janji persetujuan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Parlimen dan Kestabilan Politik di antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH), hanya akan dibentangkan di Parlimen pada Julai hadapan, setelah tertangguh dua kali sebelum ini.