HFMD makin membimbangkan
Iklan
Kes HFMD menyaksikan peningkatan sebanyak 15 kali ganda dengan merekodkan sebanyak 31,661 kes sehingga 14 Mei lalu. - Foto 123RF
SETELAH kes Covid-19 dilihat agak terkawal di seluruh negara, kerajaan akhirnya membuat beberapa kelonggaran termasuk membenarkan sekolah kembali dibuka semula seperti biasa. Begitu juga dengan taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska).
Namun keputusan yang dibuat kerajaan mengundang sedikit kebimbangan kepada ibu bapa sejak akhir-akhir ini apabila satu lagi penyakit iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) meningkat secara mendadak.