Ancaman stagflasi mula dirasai
Iklan
Walaupun pengguna tidak berbelanja besar kerana kekurangan pendapatan namun harga barang dan perkhidmatan naik dengan banyak dan pantas. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
BANYAK ramalan, amaran dan contoh telah diberikan oleh pelbagai pihak bahawa ekonomi dunia sedang diancam oleh kebekuan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi.
Fenomena ini disebut stagflasi iaitu daripada gabungan perkataan Inggeris stagnation (beku) dan inflation (inflasi).