Pendidikan partisipasi politik belia
Iklan
Undi 18 berjaya dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Gambar kecil: Saifuddin
SEMASA perdebatan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun – ‘Undi18’ – yang pindaan Perlembagaan Persekutuan tentangnya telah pun diluluskan, timbul satu perkara yang amat penting iaitu pendidikan politik.
Menurut pencadangnya, pendidikan politik diperlukan untuk belia yang akan mengundi buat kali pertama apabila berumur 18 tahun iaitu bermula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.