Bangunkan tanah terbiar seluas negeri Pulau Pinang
Iklan
Projek pertanian seperti penanaman nanas membantu mengurangkan import makanan Malaysia yang mencecah lebih RM50 bilion setahun. Infografik keluasan tanah terbiar di semenanjung di Malaysia
SHAH ALAM - Pakar pertanian menggesa kerajaan mengambil langkah lebih drastik untuk memastikan lebih 103,000 hektar tanah terbiar di seluruh negara diusahakan dengan projek pertanian bagi menjamin bekalan makanan di samping mengurangkan import.
Pakar Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata, ia termasuk menyediakan inisiatif sewaan tanah pertanian.