Selamatkah projek mega di Pulau Pinang?
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai laluan bawah pejalan kaki di Tembok Laut Padang Kota Lama ditutup sementara untuk orang awam berikutan berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut.
BARU-baru ini heboh mengenai laluan bawah pejalan kaki di Tembok Laut Padang Kota Lama, Georgetown yang ditutup sementara untuk orang awam berikutan berlaku air laut pasang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut.
Projek menelan belanja RM12.9 juta yang baru dibuka kepada orang awam dikatakan bermasalah serta boleh mengundang bahaya.