Tambang e-hailing naik sekali ganda
Iklan
Pengguna pengangkutan e-hailing akui berhadapan isu kenaikan harga tambang perkhidmatan e-hailing. Gambar kecil dari kiri: Nur Hamizah, Nurul Khairul Ellysa, Nurul Huda, Arif Asyraf
SHAH ALAM - Pengguna pengangkutan e-hailing terutama golongan berpendapatan rendah B40 mengakui mereka berhadapan dengan isu kenaikan harga tambang perkhidmatan tersebut yang agak membebankan.
Seorang eksekutif pemasaran dari Bukit Jalil, Nurul Huda Azman, 27, berkata, dia yang menggunakan perkhidmatan itu untuk ke tempat kerja mendapati harga naik dua kali ganda berbanding kebiasaan.