Khairuddin kata layak, Mahfuz perli Tajuddin miliki faktor 'wow'
Iklan
Tajuddin tiba pada Perhimpunan Agung Khas UMNO dan Sambutan Hari UMNO ke-76 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
SHAH ALAM - Pengalaman luas dimiliki oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai bekas Timbalan Menteri dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) mampu membantu Ahli Parlimen Pasir Salak melaksanakan tugas selaku Duta Besar Malaysia ke Indonesia baharu dengan lebih cemerlang.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pelantikan tersebut adalah satu penghargaan buat ahli kelab BBC yang dipimpin oleh Tajuddin selaku Pengerusi.