Polis perlu lebih kerap masuk sekolah
Iklan
Kejadian buli di sebuah sekolah di Langkawi baru-baru ini boleh dielak jika langkah pencegahan proaktif diambil termasuk lawatan berkala anggota polis secara lebih kerap. Gambar kecil: Mohamad Ali (kiri), Jasni (kanan)
Insiden buli terus berlaku terutama di sekolah berasrama
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia diminta menempatkan atau menghantar anggota dan pegawainya secara lebih kerap ke sekolah menerusi program Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi mencegah kegiatan buli dalam kalangan pelajar.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ia antara pendekatan terbaik sebagai sistem amaran awal untuk menangani kes buli di sekolah.